Assalamualaikum ..
Sambil mendengar lagu ‘ hidup dalam mati oleh syamel ‘ lagu yang hangat dekat seluruh malaysia . Unik lagu dia . Aku terasa dengan lagu ni . Eh bukan pasal cinta yang ... tapi cintakan seorang anak kepada Ayah .
Aku rindukan Ayah sangat-sangat .
Akak akan berkahwin tak lama lagi . Tinggallah aku dengan akak , membujang entah sampai bila . Umur 24 tahun aku kene start cari laki dan kahwin . Allahu , aku tak bersedia bergelar seorang isteri .
Bergelar seorang anak lagi berat tanggungjawab . Tanggungjawab aku belum selesai lagi . Aku semalam search Tiram Travel jam 3 pagi . Entah mabuk cinta betul search Tiram Travel sebab dah rindukan Kaabah . Ya , bagaikan nak bawa diri ke sana . Nak hempaskan semua kesedihan kat situ . Nak lepaskan semuanya .
Rindu sangat-sangat Mekah . Walaupun macam-macam citer aku dengar , aku nak lihat sendiri perubahan tu . Allah , aku rindu sangat . Aku tak kisah murah . Nak pergi ..
Dunia bukan milik aku , milik Dia . Ramai alpa termasuk aku .
Disebabkan kealpaan tu , aku nak pergi jauh dari Dunia ni . Disitu aku boleh sibuk beribadah , aku tak fikir soal sesiapa . Aku fikirkan hidup aku je . Tiada permintaan lain . Jumpa Ayah kat Taman-taman syurga , berjalan di sungai syurga .
Aku terlampau rindukan Ayah .
Mana boleh diganti Ayah dan Ibu . Tak sama belaian , usapan , ciuman kasih sayang & manja bersama . Walaupun tak lama , aku hargai .
Terima kasih abang dan kakak sebab jaga aku sebaiknya , bagi aku gemuk sihat , Alhamdullilah .. Tak terblas budi tu :’/
“ Maha Pengasih , Ampunkan Dosa Ayah & Ibu . Jangan bebankan hidupnya kerana dosa aku . Jadikan aku anak yang solehah dan dikasihi oleh semua ”
- aisha
No comments:
Post a Comment